skpandan.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN PANDAN
SK PANDAN 25150 KUANTAN Tel : 095394767, Faks : 095396040
e-mel : skpandan@zoom-a.com
| Laman Utama | Kata-kata Aluan | Sejarah | Falsafah Pendidikan Negara | Pautan |



Sekapur Sirih


Maznah binti Abdullah
Guru Besar
SK Pandan 25150 Kuantan


Assalammualaikum dan salam bahagia kepada semua pengguna internet yang melayari Laman Web Rasmi Sekolah Kebangsaan Pandan ini. Sekalung tahniah kepada Sekolah Kebangsaan Pandan 25150 Kuantan kerana dengan usaha gigih En. Hairul Anuar bin Md Top telah berjaya membangunkan sebuah laman web rasmi   Sekolah Kebangsaan Pandan. Sesungguhnya dengan adanya laman web rasmi ini diharapkan berlakunya perkongsian pintar antara pihak sekolah dengan pihak kedua.

Justeru, pertukaran maklumat dan informasi semasa melalui media elektronik secara tidak langsung akan lebih memantapkan lagi segala usaha kita. Di samping itu, ianya mampu merapatkan segala jurang pemisah semua pihak ke arah pembangunan modal insan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.

Kita sentiasa boleh bekerjasama dan saling membantu melalui laman web ini. Oleh yang demikian, kami seluruh warga pendidik Sekolah Kebangsaan Pandan berharap agar semua pihak dapat memberikan sokongan dan komitmen yang tinggi demi kebaikan serta kecemerlangan anak-anak didik di Sekolah Kebangsaan Pandan.

Sekian, terima kasih.

Wassalam. 



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: